Wednesday, August 19, 2015

Tentang sekolah

     Sekolah merupakan rumah kedua bagi pelajar.Masa seharian mereka banyak menghabiskan di sekolah.
 
     Sekolah perlu menyediakan pengawal dan memasang kamera litar tertutup di pintu masuk sekolah.Keselamatan pelajar diberi perhatian bermula dari pintu pagar sekolah.Hal ini,untuk memastikan kawasan sekolah selamat tidak diceroboh oleh pihak yang mengganggu keselamatan pelajar.

     Pihak sekolah juga perlu memastikan jolok darjah selamat digunakan.Pastikan bilik darjah tiada
 peralatan seperti meja,kerusi dan tingkap yang rosak dan boleh mencederakan pelajar.Bilik darjah juga disediakan pelan laluan keselamatan sekiranya berlaku bencana kebakaran.
   
      Selain itu,sekolah hendaklah sentiasa berhubung agensi kerajaan seperti polis,bomba dan sebagainya untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin.Sekolah perlu menyediakan pemadam api          serta nombor telefon pihak yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.
 
     Semua pihak pelu bekerjasama untuk memastikan kawasan sekolah selamat daripada sebarang bahaya dan ancaman .Hal ini,adalah untuk memastikan pelajar dapat belajar dengan suasana yang aman dan harmoni

#WALAUPUN KARANGAN PENDEK...TETAPI MUDAH MEMAHAMI 😊😊😊